06 February 2011

Kemahiran mengurus diri

Kemahiran mengurus diri adalah bijak mengatur diri bagi menggunakan kaedah pembelajaran bestari. Ia dilakukan kesan daripada kesedaran diri bagi mencapai kejayaan. Apabila seseorang itu mempunyai matlamat yang jelas dan objektif yang saintifik bermakna dia mempunyai kemahiran mengurus diri.

Matlamat anda dapat direalisasikan dengan :
  • Mencatat objektif jangka panjang dan jangka pendek.
  • Tentukan obkeltif secara spesifik.
  • Tenukan objektif itu realistik.
  • Senaraikan objektif mengikut keutamaan.
Contoh objektif jangka masa panjang
  • mendapatkan keputusan SPM dengan semua A bagi setiap mata pelajarn.
  • menjadi pelajar terbaik di peringkat sekolah, daerah, dan negeri.
  • memasuki salah sebuah IPTA dalam bidang kedoktoran.
Contoh objektif jangka masa pendek
  • memperbaiki gred bagi ujian penggal pertama daripada 5A kepada semua A dalam peperiksaan percubaan SPM.
  • memperbaiki kedudukan dalm kelas dari nombor 9 ke nombor 4.
  • memperbaiki kelemahan dalam mata pelajaran bahasa inggeris sebelum peperikasaan.

teknik mengawal rasa panik semasa peperiksaan.

Tipulah kalau korg cakap tak pernah rasa panik. mesti pernah kan? Perasaan panik ni muncul bila korg tak bersedia. Dengan kata lain, lebih banyak korg tahu, lebih kurang perasaan panik ni. Jom cuba!

  • Rehatkan fikiran dengan cara berhenti menjawab buat seketika.
  • Cuba duduk dalam keadaan tegak dan pejamkan mata buat seketika.
  • Tarik nafas dalam-dalam dengan perlahan beberapa kali kemudian bernafas melalui hidung. Tumpukan fikiran bagi menenteramkan diri.
  • Kedua-dua tapak tangan diletakkan di hidung dan mulut, kemudian bernafas menghala ke tapak tgn bbrapa kali,.
  • Tumpukan fikiran mengendurkan otot-otot satu demi satu dari muka, tengkuk, kaki dan lain-lain.
  • Sentiasa berfikiran positif okay? ^^



kenapa mesti berjaya ?

Kenapa kena cemerlang ? perlu ke ekk??
Cemerlang n kejayaan memang gilak sangat-sangat diidamkan oleh setiap manusia. Tapi, mesti ada sebab kan nape korg kne berjaya dan mencapai kecemerlangan. Bagi aku, semua manusia dilahirkan cemerlang. Tak cye? Allah tlah menegaskan yang bermaksud,"ssungguhnya kami menciptakan manusia dalam bentuk sebaik-baiknya". Kalau korg nak tau, manusia diberikan status yang tertinggi diantara makhluk-makhluk yang lain.
Pada pendapat aku, harga diri bergantung pada sejauh mana kemampuan dan pencapaian seseorang dalam apa jua bidang yang korg ceburi. Macam, kejayaan masa depan tuh bergantung pada sejauh mana kecemerlangan korg pada masa sekarang. Haa sebab tu lah kita kne berjaya supaya kita dapat membela maruah diri dan menjamin masa depan. Konklusinya, berjaya ataupun gagalnya seseorang itu dalam hidup ini bergantung pada keupayaan dan kesanggupan mengatur dan mengambil berat hal pembelajarannya pada masa kini. Kecemerlangan akan menjadikan kita umat yang disegani, dihormati, dan disanjung oleh umat dan bangsa lain.

Petua kecantikan

Bibir merah
Amalkan menyapu sedikit mentega ataupun marjerin pada bibir setiap malam sebelum tidur.

Merawat jerawat
Amalkan menyapu ke muka bedak sejuk yang dicampur dengan madu setiap hari.

Muka licin dan halus
Buah tomato dikisar dan disapukan pada muka pada waktu pagi dan malam. Selepas itu, muka dicuci dengan air suam.

Penjagaan kulit muka
Cuci muka dengan air suam. Kemudian disapu limau nipis. Bilas muka sekali laig. Amalkan sekali sehari.

Merawat kelemumur
Perah air limau nipis/purut dan lumurkan rata-rata di atas kulit kepala. Tutup rambut dengan tuala dan biarkan beberapa jam. Kemudian bilas dengan air suam.

Menurunkan berat badan
Tiga sudu besar teh Cina direndam di dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan minum sebelum sarapan dan sebelum tidur.

Putihkan kuku
Lumurkan kuku dengan minyak kelapa. Cuci sehingga bersih. Selepas itu, lumurkan kuku dengan limau nipis.

Melangsingkan badan
Parut dua biji lobak merah dan sebiji timun. Perah airnya. Campur dengan sebiji limau nipis dan bancuh sehingga sebati. Amalkan minum dua kali sehari.

Masalah haid
Amalkan minum air teh yang dicampur sedikit kapur sirih.

06 January 2011

Walk of fashion













Resepi Bun Sosej Mix-Veg

Bahan A
230 gm tepung berprotein tinggi
10 gm yis segera
170 ml air
1/2 sudu kecil pelembut roti

Bahan B
1 biji telur
60 gm gula halus
1/2 sudu kecil garam
25 ml air
5 gm yis segera

Bahan inti
5 batang sosej ayam - hiris
150 gm sayur campuran
1 biji bawang besar - potong dadu
50 gm mayonis
1 sudu kecil lada putih

Cara menyediakan :

  1. Satukan bahan A dan putarkan selama 3 minit. Rehatkan adunan selama satu hingga satu setengah jam.
  2. Kemudian masukkan bahan B ke bahan A. Putar semula sehingga doh lembut.
  3. Masukkan bahan C, putar lagi sehingga lebih lembut dab licin. Rehatkan doh selama 15 minit. 
  4. Bahagikan doh 60 gm setiap satu. Bulatkan dan rehatkan lagi selama 10 minit. Canai doh membujur dan rata. Bentukkan seperti bunga dan biarkan naik dua kali ganda. Sapukan mayonis di atas roti dan letakkan ke semua inti di atasnya. Bakar pada suhu 180C selama 10 hingga 15 minit. 


 

Resepi Bun Kastad Blueberi

Bahan A
500 gm tepung roti
50 gm gula halus
50 gm mentega
15 gm yis kering
10 gm pelembut roti
25 gm susu tepung
1 biji telur gred B

Bahan B
250 ml air sejuk

Bahan C
Sedikit jem blueberi
Sedikit kastad segera


Cara menyediakan :

  1. Masukkan bahan A dan bahan B. Adun sehingga kenyal.
  2. Sebelum keluarkan doh, masukkan bahan C dan adun sehingga rata.
  3. Keluarkan doh bahagikan kepada 3 bahagian. Rehatkan selama 10 minit .
  4. Ratakan bahagian pertama, setebal 1cm, sapukan blueberi. Diikuti bahagian kedua setebal 1cm, letakkan di atas bahagian pertama, kemudian sapukan kastad.
  5. Akhir sekali, ratakan bahagian ketiga 1cm, letakkan di atas bahagian kedua. Rehatkan doh sehingga kembang. Kemudian sapukan telur, bakar pada suhu 180C selama 15 minit.  

Resepi kek cawan coklat

Bahan-bahan :
110 gm tepung naik sendiri
2 sudu besar serbuk coklat
110 gm mentega
110 gm gula kastor
2 biji telur

Cara menyediakan :

  1. Masukkan gula kastor dan mentega ke dalam adunan. Putar sehingga kembang.
  2. Setelah kembang, masukkan telur dan esen vanila, putar lagi sehingga sebati. Kemudian masukkan tepung dan serbuk coklat perlahan-lahan ke dalam adunan dan putar lagi sehingga putih.
  3. Gunakan corong plastik dan masukkan adunan ke dalam acuan kek. Masukkan dalm ketuhar dan bakar selama 10 hingga 15 minit pada suhu 165 hingga 170C.

Resepi salad ayam

Bahan-bahan :
300 gm isi ayam
5 kuntum bunga kubis
6 tangkai kacang panjang
1 labu bawang besar
1 tangkai cili merah
3 sudu besar mayonis
Air secukupnya.

Cara menyediakan :

  1. Panaskan air terlebih dahulu. Biarkan sehingga mendidih.
  2. Masukkan ayam, rebus sehingga masak. Ketepikan.
  3. Masukkan kacang panjang dan rebus seketika. Tetapi jangan terlalu lama.
  4. Satukan kacang panjang dengan ayam. Kemudian gaulkan dengan mayonis.
  5. Akhir sekali, gaulkan dengan bawang besar dan hirisan cili merah.

Resepi kek pisang

Bahan A
250 gm pisang - lecek
250 gm gula pasir
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanila

Bahan B
250 gm tepung gandum
30 gm serbuk penaik
10 gm soda bikarbonat

Bahan C
40 ml minyak jagung
90 ml susu 

Cara menyediakan :

  1. Pukul pisang dan gula sehingga sebati.
  2. Masukkan telur satu persatu diikuti dengan esen vanila sehingga sebati.
  3. Satukan bahan di atas dan kacau sehingga rata.
  4. Akhir sekali masukkan minyak jagung dan susu berselang-seli dan kacau sehingga rata.
  5. Tuangkan adunan ke dalam acuan dan bakar pada suhu 150C selama 40 minit atau sehingga masak.
  6. Hias mengikut cita rasa anda.

04 January 2011

Tips buat orang lain happy

  1. Beri la kawan korg hdiah walaupun tada hari istimewa. mesti dia happy gilakk.
  2. Belanja kwn kite tu makan tengah hari.
  3. Sesekali isikan lah minyak kereta bf kita. full tank!
  4. Puji teman korg setiap kali dia nmpak menarik dan bergaya. dia msti suka.
  5. Menjadi salah seorg pnderma darah.
  6. Siapkan sarapan on bed 4 ur parents.
  7. Membantu org yg membawa barang yg berat.
  8. Maafkan dan lupakan org yang bersalah dengan kamu.

03 January 2011

kawasan sekolah. memoriess

gelanggang bola keranjang

awas. kawasan senyap

class sains sukan. cehh i ta bole masuk dlm ny.
kantin

padang skula

koperasi sekolah

tempat lepak mse rehat. location: depan bilk prs

night view

park ur mto here

org penting skula. haha



dlu - skull suck. now - huaaa nak skula! rindu buat homework, jawab soalan kat depan bila kena panggil ngn ckgu, rndu kne marah ngn cikgu, teringin nak ponteng class lagi, nak lari lagi mse sukan, nak makan kat kantin. byaknya bnd nak buat. huaaaa..
So korg ingat la ekk. kahwin, anak, pertemuan dan perpisahn.. tu semua boleh berlaku berkali-kali, tapi alam persekolahan datang hanya sekali. tak kira walau hebakk ke tak, itulah memori pahit manis yang akan kekal buat selama-lamanya.. ring! ring!  

skull life diary !

science ict
 
ny gmba class boo. 5 Rajin. tp ta srajin yg dkatakan. ada 19 plajr je dlm class ny. sikit cos comp ada 20 je. ramai yg tanya sains ict ny mcm mne? amek bpe subject? kteorg amek sbject teras + physics + chemistry + ict. drop bio. guru class boo nmenya nordina. comeyy kn? haha. 


ny pun kwn boo gaks. ex-classmate. dri form 1 until form 3, boo skula kt methodist. form 4,5 pindah ambrose. so ny laa dy kwn2 mse kat mesat dlu. cun2 dyorg ny. 

kamilah 5 rajin! woahh
leyn,syawal,boo,mai,syerin,mar

pertandingan melukis poster. saya kalah

hasilnya. haha buruk sungguh

boo kat skula jdi prs. pembimbing rakan sebaya. konon. haha.

dapat teka tak mne satu boo? 

haha. berposing di atas tilam lompat tinggi






02 January 2011

welcome 2011 !!





yayy! welcome 2011. Bai-bai 2010. wohooh

To do list
  1. do something
  2. do something else.
  3. destroy economy
  4. get in shape. wajib!
  5. do nothing 
  6. new boyfriend weee..