Bibir merah
Amalkan menyapu sedikit mentega ataupun marjerin pada bibir setiap malam sebelum tidur.
Merawat jerawat
Amalkan menyapu ke muka bedak sejuk yang dicampur dengan madu setiap hari.
Muka licin dan halus
Buah tomato dikisar dan disapukan pada muka pada waktu pagi dan malam. Selepas itu, muka dicuci dengan air suam.
Penjagaan kulit muka
Cuci muka dengan air suam. Kemudian disapu limau nipis. Bilas muka sekali laig. Amalkan sekali sehari.
Merawat kelemumur
Perah air limau nipis/purut dan lumurkan rata-rata di atas kulit kepala. Tutup rambut dengan tuala dan biarkan beberapa jam. Kemudian bilas dengan air suam.
Menurunkan berat badan
Tiga sudu besar teh Cina direndam di dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan minum sebelum sarapan dan sebelum tidur.
Putihkan kuku
Lumurkan kuku dengan minyak kelapa. Cuci sehingga bersih. Selepas itu, lumurkan kuku dengan limau nipis.
Melangsingkan badan
Parut dua biji lobak merah dan sebiji timun. Perah airnya. Campur dengan sebiji limau nipis dan bancuh sehingga sebati. Amalkan minum dua kali sehari.
Masalah haid
Amalkan minum air teh yang dicampur sedikit kapur sirih.