06 February 2011

Kemahiran mengurus diri

Kemahiran mengurus diri adalah bijak mengatur diri bagi menggunakan kaedah pembelajaran bestari. Ia dilakukan kesan daripada kesedaran diri bagi mencapai kejayaan. Apabila seseorang itu mempunyai matlamat yang jelas dan objektif yang saintifik bermakna dia mempunyai kemahiran mengurus diri.

Matlamat anda dapat direalisasikan dengan :
  • Mencatat objektif jangka panjang dan jangka pendek.
  • Tentukan obkeltif secara spesifik.
  • Tenukan objektif itu realistik.
  • Senaraikan objektif mengikut keutamaan.
Contoh objektif jangka masa panjang
  • mendapatkan keputusan SPM dengan semua A bagi setiap mata pelajarn.
  • menjadi pelajar terbaik di peringkat sekolah, daerah, dan negeri.
  • memasuki salah sebuah IPTA dalam bidang kedoktoran.
Contoh objektif jangka masa pendek
  • memperbaiki gred bagi ujian penggal pertama daripada 5A kepada semua A dalam peperiksaan percubaan SPM.
  • memperbaiki kedudukan dalm kelas dari nombor 9 ke nombor 4.
  • memperbaiki kelemahan dalam mata pelajaran bahasa inggeris sebelum peperikasaan.

teknik mengawal rasa panik semasa peperiksaan.

Tipulah kalau korg cakap tak pernah rasa panik. mesti pernah kan? Perasaan panik ni muncul bila korg tak bersedia. Dengan kata lain, lebih banyak korg tahu, lebih kurang perasaan panik ni. Jom cuba!

  • Rehatkan fikiran dengan cara berhenti menjawab buat seketika.
  • Cuba duduk dalam keadaan tegak dan pejamkan mata buat seketika.
  • Tarik nafas dalam-dalam dengan perlahan beberapa kali kemudian bernafas melalui hidung. Tumpukan fikiran bagi menenteramkan diri.
  • Kedua-dua tapak tangan diletakkan di hidung dan mulut, kemudian bernafas menghala ke tapak tgn bbrapa kali,.
  • Tumpukan fikiran mengendurkan otot-otot satu demi satu dari muka, tengkuk, kaki dan lain-lain.
  • Sentiasa berfikiran positif okay? ^^



kenapa mesti berjaya ?

Kenapa kena cemerlang ? perlu ke ekk??
Cemerlang n kejayaan memang gilak sangat-sangat diidamkan oleh setiap manusia. Tapi, mesti ada sebab kan nape korg kne berjaya dan mencapai kecemerlangan. Bagi aku, semua manusia dilahirkan cemerlang. Tak cye? Allah tlah menegaskan yang bermaksud,"ssungguhnya kami menciptakan manusia dalam bentuk sebaik-baiknya". Kalau korg nak tau, manusia diberikan status yang tertinggi diantara makhluk-makhluk yang lain.
Pada pendapat aku, harga diri bergantung pada sejauh mana kemampuan dan pencapaian seseorang dalam apa jua bidang yang korg ceburi. Macam, kejayaan masa depan tuh bergantung pada sejauh mana kecemerlangan korg pada masa sekarang. Haa sebab tu lah kita kne berjaya supaya kita dapat membela maruah diri dan menjamin masa depan. Konklusinya, berjaya ataupun gagalnya seseorang itu dalam hidup ini bergantung pada keupayaan dan kesanggupan mengatur dan mengambil berat hal pembelajarannya pada masa kini. Kecemerlangan akan menjadikan kita umat yang disegani, dihormati, dan disanjung oleh umat dan bangsa lain.

Petua kecantikan

Bibir merah
Amalkan menyapu sedikit mentega ataupun marjerin pada bibir setiap malam sebelum tidur.

Merawat jerawat
Amalkan menyapu ke muka bedak sejuk yang dicampur dengan madu setiap hari.

Muka licin dan halus
Buah tomato dikisar dan disapukan pada muka pada waktu pagi dan malam. Selepas itu, muka dicuci dengan air suam.

Penjagaan kulit muka
Cuci muka dengan air suam. Kemudian disapu limau nipis. Bilas muka sekali laig. Amalkan sekali sehari.

Merawat kelemumur
Perah air limau nipis/purut dan lumurkan rata-rata di atas kulit kepala. Tutup rambut dengan tuala dan biarkan beberapa jam. Kemudian bilas dengan air suam.

Menurunkan berat badan
Tiga sudu besar teh Cina direndam di dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan minum sebelum sarapan dan sebelum tidur.

Putihkan kuku
Lumurkan kuku dengan minyak kelapa. Cuci sehingga bersih. Selepas itu, lumurkan kuku dengan limau nipis.

Melangsingkan badan
Parut dua biji lobak merah dan sebiji timun. Perah airnya. Campur dengan sebiji limau nipis dan bancuh sehingga sebati. Amalkan minum dua kali sehari.

Masalah haid
Amalkan minum air teh yang dicampur sedikit kapur sirih.